"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa"

(Al-Furqaan : 74)

Tuesday, May 17, 2011

Anak Sulongku...

cerita anak sulong ku...Nur Hassuna...
semasa aku melahirkan dia, aku masih berada di semester 7, penggal akhir pengajianku,
masa tu tgh praktikal di sebuah audit firm...mmg aku xcerita pada sapa2 pun, yg aku mengandung, kebetulan perut aku agak kecik...hubby time tu dh habis belajar...nak wat mcm ne...perakaunan di UPM 4 thn...

selepas bersalin masih ada satu sem lagi...terpaksalah aku tinggalkan dia pada ibu mertuaku, kerana dia ada pengasuh yang tinggal berhampiran, syukur segalanya dipermudahkan...

suna agak kurang manja sbb baru sj dpt 'kaki' dh dpt adik pulak...sayu sgt tgk dia...tp apakan daya...

namun suna membesar menjadi anak yang sgt berdikari, boleh diharap, boleh dicontohi....cuma kdg2 sedikit malas...




rasanya lebih baik pd aku dulu kot...kenapa?
1. sekarang suna berada di darjah 2, suna dh tak tinggal solat...alhamdulillah, selalu ajak adik2nya solat skali.
2. dia dh boleh tolong mandikan adik, buatkan susu, pakaikan pampers dah banyak tolong ringankan keje mama sekarang
3. kalau kuar bjalan, walau pun mama xpernah paksa kakak mnutup aurat, tp tudung kakak xpernah lekang dgn t-shirt lengan pjg...
4. pendamai adik2, kalau adik2 gaduh mama selalu minta kakak tgk2 kan...
5. selalu tolong tengok2kan adik2 belajar...

tapi kakak selalu kena marah jugak sbb mama nak pastikan kakak menjadi yang terbaik.

kenapa personaliti dan kredibiliti anak sulong sgt penting untuk kita titik beratkan?
kerana bagi aku anak sulong adalah contoh teladan buat anak2 yg berikutnya...xkira samada anak sulong kita perempuan atau lelaki.



pada masa yg sama kita akan meringankan beban kita dlm mendidik anak2. kita perlu percaya dan sekali2 membiarkan anak sulong menegur adik2nya. slain dapat menanam rasa hormat yg muda terhadap yg lbh tua, anak sulong akan terdidik dgn ciri2 kepimpinan dan lebih yakin dlm membuat keputusan.

aku sebagai anak sulong jugak...merasakan aku agk kurang rapat dgn adik beradik aku, aku lebih suka buat hal sendiri, pun punya alasan yg sama sbb angah hanya muda sthn dr aku. tp sejak aku dh dewasa ini, apa2 masalah adik2, mereka lebih suka rujuk aku dulu...alhamdulillah dr segi pengajian pula, setakat ijazah tu, dh boleh jd contoh yg baik buat mereka...mama akan sebut kat adik2 "cuba tengok along mngaji mcm ne..." so xlah rasa terkilan sgt...


itulah pandangan ringkas aku, anyway, mama syg sgt kakak...semoga kakak menjadi anak yg solehah dan bertaqwa. amin.

No comments:

Post a Comment