"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa"

(Al-Furqaan : 74)

Saturday, April 9, 2011

kisah2...

hari-hari tringat ke blog, xsempat sgt rasanya nak update...(heheh alasan je tu)..

ade byk nk cite kat sini tau...

KISAH 1:

cerita ini adalah cerita benar yang terjadi area rumah aku, cerita ini diperolehi ketika aku g beli brg dapur dekat van yang selalu dtg, pada masa itulah aku dpt beramah mesra dgn jiran2 dekat2 umah... dah sminggu kejadian berlaku aku baru tau cerita...sbb jrg2 jugak aku membeli dekat van itu, tujuan g membeli pun mmg niat nk jumpa jiran2 sj dan kalau ada brg dapur yg btul2 xde...

dekat2 umah aku ni ade byk hostel disewa khas untuk bebudak kolej dan ade jugak yg bekerja maklumlah rumah aku dalam bandar...

nak dijadikan kesnya di salah sebuah hostel wanita...semua penghuni hostel tersebut keluar bekerja pada sebelah pagi, tinggallah seorang budak kolej sedang mandi untuk bersiap ke kolej lah agaknya, penghuni yang keluar bekerja ni xtau lah kat mn silapnya telah terlupa untuk mengunci pintu rumah, masuk lah si pencuri mencuri segala harta tetiba budak yang baru sudah mandi ini keluar, maka sgt menyedihkan si pencuri ini telah menjadi perogol pulak....whuaahhh....sgt mendukacitakan, menakutkan dan huhuhu xtau nk ckp apa dh...

si pencuri sgt berani, dh lh mencuri, dh ade org dlm rumah bukan nak lari,org tu pulak menjadi mangsa, xtau lah apa ceritanya selepas itu...

sebenarnya kes seperti ini adalah kali kedua, cerita ini sgt sama dgn kes sebelum ini terjadi pada hostel berdekatan jugak (bukan hostel yg sama.

PENGAJARAN: AWAK NK KELUAR KE, NK DOK DLM KE...PINTU TU KUNCI LAH JUGAK, XKIRA KAWAN AWK DH KUNCI PUN, AWK SENDIRI CEK LAH SKALI LAGI XRUGI PUN.

KISAH 2:

Kisah 2 dan 3 lak aku dpt dr makcik yg dtg sminggu skali tolong kemas kan umah aku....aku xpastilah kan ini cerita betul atau di reka2 shj... tp aku publish gak kat sini sbb mmg boleh diambil pengajaran...

mcm cite kancil dgn kura2 tu, bukan cite btul, tp still boleh diambil pengajaran kan?

Kisahnya seorang surirumah yang pkai maid, pada sebelah ptg si suami slalu ajak isteri g bw anak2 bjalan ke pdg permainan, tp si isteri xnk ikut, lebih suka dok di rumah rehat sorang2. so, si suami minta izin si isteri nak bw maid mudah nak tgkkan anak2...si isteri pun xkisah...

sampaikan setiap ptg pun mcm tu, berlarutan....sehinggalah si isteri mendapat tahu si suami menjalinkan hubungan cinta dgn maid nya....maka berlakulah pertengkaran sehingga si suami menceraikan si isteri lalu berkahwin dgn maid tersebut...



xpandai aku nak cite pjg2....begitulah al-kisah yg telah dipendekkan ceritanya...hahaha

PENGAJARAN: JGNLAH MUDAH SGT PERCAYA KE MAID TU, MANUSIA NI MCM2 JENIS, SELAGI BOLEH WAT KEJE UMAH SENDIRI WAT LAH KAN...DH LH XDPT PAHALA WAT KEJE UMAH, LAKI SENDIRI PUN LARI....

KISAH 3:

si isteri selalu menghantar si suami pergi bekerja...mb senang kot dia nak pakai keta g beli brg rumah ke agaknya...then masa tu makcik yg cite kat aku ni keje kat kedai dobi. dia kata hari2 si isteri ini hantar baju kat kedai dobi bila ditanya dia bekerja ke? dia ckp xbekerja...so apa dia buat kat umah, kalau stiap hari baju anta dobi?

haaaa...tau dak apa aktiviti dia? rupa nya dia pergi berjumpa dgn kekasihnya...erm...apa kes lak ni? si suami punya lah igt isteri dia dok buat kerja rumah...rupanya lain pulak citenya...sehinggalah ada org yang menyampaikan cerita pada si suami, maka terbongkarlah cerita sebenar...

si suami pun menceraikan si isteri...ceritanya...sampai skrg si isteri tidak pun berkahwin dgn kekasihnya...sbb kekasihnya tu laki org jugak....erm...

mcm2 lah kan?...sgt takut lah dgn kisah2 diakhir zaman ini...

PENGAJARAN: JAGALAH KERUKUNAN RUMAH TANGGA, JGN KITA SENDIRI YG CARI PASAL, KITA SENDIRI YG RUGI JUGAK...AMALKAN AYAT/DOA PD HEADER AKU TU...SEMOGA ALLAH MENJAGA RUMAH TANGGA KITA SEHINGGA AKHIRNYA...

No comments:

Post a Comment